Tuesday, April 19, 2011
Sawi Putih Goreng Simple
Bahan-bahan ( untuk 2 org )
* sayur Sawi-dipotong
* 1 bj bwg besar-dimayang bulat
* 1 biji lada merah dipotong serong
* bwg putih-diketuk
* 1 sd(b) sos tiram
* 1 sd(b) sos ikan
* Garam dan gula secukup rasa
* myk untuk menggoreng
Cara-cara
1. panaskan minyak, tumis bwg putih,bwg besar dan lada merah.
2. kemudian masukan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.
3. masukkan sayur, biarkan seketika.
4. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, angkat.
Khailan Ikan Masin
Bahan-bahan ( untuk 3 org )
* sayur kailan-dipotong
* 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
* 1 bj bwg besar-dimayang bulat
* bwg putih - dicincang halus
* lada merah - dipotong serong
* 1 sd(b) sos tiram
* 1 sd(b) sos ikan
* sedikit air asam limau nipis
* myk untuk menggoreng
Cara-cara
1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan lada merah, masukan sos tiram.
3. masukkan sayur dan tambah sedikit air, masukkan sos ikan kacau rata.
4. biarkan seketika,angkat
5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td
Tuesday, March 22, 2011
Terung Goreng Sambal Ikan Bilis
Bahan - bahan
4 batang terung - digoreng
40gm ikan bilis - digoreng
5 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan cili mesin
sedikit belacan - optional
garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara - cara
tumis cili mesin dan bahan - bahan yang ditumbuk hingga pecah minyak
masukkan belacan, tumis sekejap
kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng tadi
kacau hingga rata, sekejap saja sebab terung dan ikan bilis telah digoreng
Pucuk Paku Goreng
Bahan - bahan
1 ikat pucuk paku
20gm udang kering*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah* (* ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak utk menumis
Cara - cara
bersihkan pucuk paku
tumis bahan - bahan yg ditumbuk hingga berbau wangi
masukkan sedikit air, bila dan mendidih masukkan pucuk paku
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan - bahan
600gm ikan pari
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu besar cili mesin
Sedikit kunyit hidup *
Sedikit belacan ~ optional
1/2 in halia * (* diblend)
air asam jawa/asam keping
daun kesum
500 ml air - kalau suka pekat krgkan air
1 biji buah tomato
garam dan gula secukupnya
minyak
Bersihkan ikan dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan bahan blend.
Masukkan sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan belacan, air asam jawa dan air.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan, garam dan juga gula.
Masukkan pula daun kesum dan tomato.
Masak sekejap hingga ikan masak.
Friday, March 4, 2011
Tomyam Ayam
Semalam dah masak lemak cili api udang, hari ni masak simple je..tomyam ayam. Tomyam ayam ni kegemaran anak-anak Reen, senang dan sedap. Resepi ni Reen dapat dari sepupu Reen, dia dapat dari orang Thailand.
Bahan - bahannya
air secukupnya
ayam ke,udang ke @ apa apa lah yang nak ditaruk
serai 4 batang - diketuk
Halia sebesar ibu jari - diketuk
lengkuas sebesar ibu jari - diketuk
bawang putih sebiji - diketuk
buah Tomato 2 biji - dibelah 4
2 biji bawang besar - dibelah 6
daun limau purut
2 biji limau nipis - ambil jusnya
daun ketumbar - untuk ditabur dan menaikkan aroma tomyam
6 biji cili padi - diketuk
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. didihkan air, masukkan semua bahan yang diketuk, masak sehingga naik bau serai dan mendidih
2. masukkan ayam, masak dalam 5 minit, kemudian masukkan tomato, masak sekejap, kemudian masukkan bawang besar dan cili padi
3. akhir sekali masukkan daun limau purut, garam, gula dan jus limau nipis.
4. masa nak makan taburkan daun ketumbar
Masak Lemak Cili Api Udang
Hari ni teringin nak makan masak lemak cili api udang, Reen ni, tak pandai sangat nak masak lemak cili api, kalau udang asyik masak sambal tumis udang jew...Resepi ni Reen dapat dari kakak Reen, dia punya masak lemak cili api udang memang sedap...harap memenuhi citarasa anda..
Bahan - Bahan
800gm udang
6 biji bawang merah - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
sedikit kunyit hidup - ditumbuk
Buah tomato - dipotong 4
1 helai daun kunyit
2 batang serai diketuk
1 biji kelapa
Cara- cara
1. bawang merah, cili padi dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat
2. masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam santan
3. masukkan serai dan daun kunyit
4. kacau diatas api yang sederhana
5. apabila kuah dah mendidih, masukkan udang dan tomato
6. kacau sehingga udang masak
7. akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Laksa Johor
Laksa Johor ni kegemaran kami sekeluarga, resepinya dari ibu mertua Reen
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
Ikan parang - 1 kilo (kalau takde ikan kembung pun boleh)- ( dibakar dan diblender)
udang basah 100gm - ( direbus dan diblender)
isi ikan kurau - 10 gram dibakar dan diblender
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm disangai dan diblender
Bahan B (dimesin)
bawang merah - 10 biji
bawang putih - 5 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat sebiji setengah kelapa
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari/ laksa
Bahan Hias
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun buang tengahnya ambil bahagian luar sahaja, dipotong halus
tauge buang ekor (segar)
lobak masin (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih dan sedikit bunga kantan diracik halus
Sambal Belacan
lada merah 5/6 biji
Belacan - 30 gram dibakar
Sedikit garam
Cara-cara
1. Bakar ikan, udang kering, isi ikan kurau dan asingkan tulang dan diblender hingga halus.
2. Rebus udang - buang kulit dan diblender dengan air rebusan hingga halus
**Penyediaan kuah**
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B, tumis hingga rempahnya masak dan wangi
2. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1 minit
3. Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
4. Tambah garam dan gula untuk rasa
5. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
**Sambal belacan**
1. Mesinkan semua bahan dan hidangkan
Thursday, March 3, 2011
Kerabu Mangga
Kerabu mangga ni memang kegemaran Reen, Resepi ni Reen dapat dari ibu mertua Reen, Reen lebihkan kacang, memang sedap.
Bahan- bahannya
2 biji mangga muda
2 sudu fish sauce
1/4 cawan kacang
2 biji cili padi
2 sudu besar udang kering -digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sedikit
1 biji bawang besar
1/2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Hiris cili padi dan bawang besar.
2. Potong memanjang mangga
3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
4. Tambahlah garam, gula dan air limau nipis secukupnya
5. Tabur kacang.
Saturday, February 19, 2011
Bingka Cheese Berlauk
Dah lama sebenarnya Reen tak buat Bingka Cheese Berlauk ni, hubby Reen request nak makan bingka ni. Untuk sesiapa yang tak suka kuih manis tu...bolehlah cuba buat bingka ni..sgt sedap dan menyelerakan...cubalah. Resepi ni Reen dapat dari seorang kawan, kita tukar-tukar resepi
Bingka Cheese Berlauk
Bahan-bahannya
Bahan A
250gm tepung gandum
600ml santan/1 biji
100gm mentega cair
5 biji telur - digodak
1st garam
Bahan B
200gm daging cincang
1st jintan putih ditumbuk
1st serbuk lada putih
secubit garam
Bahan C
100ml santan
50gm keju diparut (cheese chedar)
1st tepung gandum
3 tangkai lada merah dihiris
20 sen daun sup dan daun bawang
2gm bawang goreng
Cara - caranya
1. Bahan B dimasak dengan sedikit minyak , biarkan kering.
2. Bahan A digaul rata lalu ditapis dan dikacau hingga rata, wapkan atas api lalu masukkan 1/2 bahagian bahan B dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapukan mentega.
3. Bakar hingga masak 30 minit, oven 180 darjah celcius
4. Keluarkan dari oven lalu sapukan bahan C dan taburkan 1/2 bahagian lagi bahan B.
5. Taburkan daun sup, daun bawang, lada merah dan bawang goreng.
6. Bakar dalam loyang 9 x 9 selama 1/2 jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)